Mira's Superheroes Contest

Assalamualaikum., oLLa :)




What do you know about Superheroes? i want 3 answer.
(Apa yang anda tahu tentang superhero? berikan mira 3 jawapan)

a) gagah perkasa berserta nyawa yang liat nak mati :D
b) kacak dan segak bergaya memikat hati para wanita tidak mengira status bujang atau bukan bujang., lol
c) sangat pemalu kerana tidak akan mendedahkan identiti sendiri kepada umum



Who is your most favorite Superhero? 
(Siapakah superhero kegemaran anda?)

a) jeng jeng jeng..... siapakah gerangan superhero di hati ini??


anda kenal siapa jejaka tampan ini?? masih kurang jelas?? sat na :)


meet my superhero... Mr. Barnacle Boy....apa?! tak kenal jugak, sat sat na


okay, sekarang kenal dah kan? tak kenal jugak memang tak tau nak kata apa., hehe


jejaka kacak yang agak sexy di atas ni nama dia Barnacle Boy, 
my SUPERHERO,
Mr. BB ni salah satu daripada watak2 dalam siri Spongebob Squarepants., 
my favourite cartoon :D


Give me reason why he/she is your favorite Superhero?
(Berikan mira sebab kenapa dia menjadi superhero kegemaran anda?)
-tak kisah panjang mana jawapan anda , yg ni penting sebab kena creative ye

okay, main reason dia, Mr. BB ni comel la., even dah tua kerepot tapi masih nampak kecomelannya di situ., haha, kecomelannya jugak kalis air tau, stay kat dalam laut pun, kecomelan dia tak pudar2 jugak even dah tua pencen., hehe

second reason, Mr. BB ni gagah perkasa tau, walaupun botak berserta sejuta kedutan di muka, tapi masih gagah melawan musuhnya, Manray dan The Dirty Bubble., siap boleh stunt2 bagai lagi,, ohh ohh *muka excited* dan dia boleh hidup dalam air walaupun dia tu manusia., hebat kan !


Manray dan The Dirty Bubble., mwahahahahaha *evil laugh*


last reason, hmm, apa lagi eh, haaa, Mr. BB ni setia kawan tau, no matter what, he always be with his partner, Mermaid Man., depa selalu protect each other walaupun kadang2 dua2 ni agak annoying., haha., dari muda sampai ke tua asyik berkepit macam lakibini., sweet kan  :)




Last question
-What is the other name Bruce Wayne was known as? (bonus question)
a)spiderman
b)hulk
c)batman
d)hawkeye

c) Batman


sempat lagi kan kalau dini nak join kan tuan penganjur??
please, let me in., hehe

till then,
au revoir



Dini the Tour Guide

Assalamualaikum., oLLa :)


seperti yang dijanjikan,
maka, 
terlaksana lah entry nih ^_^

10,11,12/11/2012
3 hari dia mai penang, 
sapa yang mai?
dia ni la :)


masscomm dear :)


thanks to him,
dapat jugak merasa masuk taman rama-rama dengan bukit bendera,
dia dah ada marka baru,
memang sakan la sepanjang dua hari ni :D

okay,
stay cool,
calm down,
and the story begin..

11/11/2012
Taman Rama-rama Teluk Bahang


 kaler biru tu ^_^






steady ja dia posing


mak dia


anak dia


sombong rama-rama ni, huh !


teringin jugak la







cantik ciptaan Allah  :)


di sini lah bersemadi mayat rama-rama yang mati di medan perang




penyamaran yang mantap !





12/11/2012
Bukit Bendera


pemandangan dari dalam tren


pemandangan di dalam tren



rupa tren






subhanaallaah !


jumpa kawan baru., err, tapi tak ingat nama dah., hehe






 barang lama nih


err, sapa ni? tak kenal -.-''




barang lama jugak nih



 sedap baqhang !








 jumpa kawan baru lagi., tapi tak ingat nama jugak., heee, comelllll sangat !






 agak seram papan tanda nih -.-''


I'm coming, dear


 ^_^





thanks for the whole days,
MohamadDzulhelmiMahasan,
hope that we will meet again,
soon...

till then,
au revoir


Loafer vs Sneaker

Assalamualaikum., oLLa :)


selalunya orang perempuan kalau keluaq,
mesti nak nampak lawa kan,
dari hujung kepala sampai hujung kaki,
tambah2 kalau nak keluaq dating kan  ^_^

hmmm, lawa2 jugak,
tapi kena jugak jaga pemakaian tu,
kena ikut keselesaan kita,

back to the topic,
last two days,
dini keluaq for the whole days,
ada orang jauh mai penang,
bawak depa jalan jalan :D


kami kat taman rama-rama, bukan dalam hutan na


above was my outfit for the day,
apa yang dini nak tekankan,
adalah pemakaian kasut,
dini pakai loafer,

amik la habuan dia,
balik ja rumah,
rasa macam nak nangis ja,
sakit kaki, lenguh2,
memang lengkap pakej dia  -.-

so,
the next day,
memang dah berazam,
tak mau pakai loafer dah,


bukit bendera aku datang


I'm wearing nike sneaker,
which my ayah bought for me,
when I was 16,
dah 3 tahun lebih kasut ni :D

selesa sangat,
tak rasa sakit2, lenguh2 sangat dah,
sneaker is a perfect choice for the day !

so,
lepas ni kalau nak banyak berjalan,
kena sarung sneaker ja la,
tak pa kalau tak lawa,
yang penting kita selesa kan ^_^

p/s next entry : dini as a tour guide ^_^

till then, 
au revoir

Result, after

Assalamualaikum.,oLLa :)


seperti yang diketahui,
result telah pun memunculkan diri,
mesti semua dh check kan??

for sure la,
benda ni la penyebab,
tidoq kita tak lena semalam kan,

tuan punya belog ni pun dah check jugak,
guess what?
i'm improved !




ya Allah,
Alhamdulillah,
rasa syukur sangat

even,
saya tak tergolong dalam DL,
saya tak sehebat anda anda dan anda,

tapi,
still rasa happy sgt,
rasa macam nak belanja semua orang makan aiskrim ^_^

goodbye BEL,
goodbye CTU,
goodbye KESATRIA KEMBARA

so,
how about yours?
harap harap tak da yang repeat,

insyaAllah :)

till then,
au revoir

Result, before

Assalamualaikum., oLLa  :)




sepanjang hari ni,
makan tak basah,
mandi tak lena,
tidur tak kenyang,

semua serba tak kena,
aiisshhh,
kenapa??

sebabnya,
esok result nak keluaq dah,
hmmm,
cepat sungguh lecturer semua marking payper,

sungguh,
rasa berdebar sangat,
camni kot rasa dia malam sebelum nak kawen
hmmm,
ntah la

yang penting dah usaha,
yang lain serah kat Allah ja,

harap harap,
result kali ni,
even better than previous sem,
InsyaAllah...

p/s
sapasapa yang rasa dia UiTMians,
goodluck na !

till then,
au revoir

They So Cute !

Assalamualaikum.,oLLa :)

last cuti sem,
kerja part time,
jadi cikgu tanpa tauliah,
cikgu tadika ja pun ^_^

then,
semalam baru baru ni, budakbudak tadika ni berkonvo,
budak tadika pun dah sarung jubah,
lambung topi (scene ni tak wujud pun),
yang kita lambat lagi nak merasa -.-

atas faktor kecomelan yang teramat tinggi setinggi tingginya,
maka, excited la nak snap picture dengan depa semua,
hmmm, maksu ada dslr, canggih sikit,
kita punya digital biasa ja,
tak payah la,
pinjam maksu punya,


excited tunggu persembahan


walahh, the performance begin,
budakbudak yang menari ni semua kanakkanak istimewa, terperasan ada sorang tu down syndrome, sedih tengok dia, but he and all of them were very talented !


 marka lama, adam aqasha azmi, ya Allah, comel sangat !! handsome sungguh :D


marka lama second, zulfahmi hafiz, comel jugak, even gigi tak secantik adam :O
sangat pemalu, lelaki melayu terakhir.,hehe


 lokman & ashraf
antara yang terganas kat tadika,


mereka yang masih single dan kacak   ^_^


yang ni pun comel sangat ! kalau besaq nanti mesti lawa


mereka yang single dan lawa :)


tumpang kecomelan depa


kenapa gambaq semua ni tak lawa?
dh la dewan gelap,
pasang lampu romantik,
kita ni pun dah memang gelap,
pakai tudung lipat ke depan sangat, tak nampak dunia,

tengoktengok maksu pun tak bawak,
padan muka hang dini,
berbekalkan kamera handphone,
dapat la hasil yang kurang memberansangkan,
menyesal tak sudah,

hmm, tak pa la,
janji ada jugak kan  ^_^

till then,
au revoir


 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner